Selepas dua tahun terpaksa menunda hasrat melaksanakan ibadah haji. Seramai 333 orang jemaah haji Sabah menzahirkan rasa syukur apabila terpilih berangkat ke tanah suci bagi menunaikan Rukun Islam Kelima itu tahun ini.
Hadir menyaksikan keberangkatan 142 jemaah pertama pada Isnin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah Rm Jasni dan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.