Keberkesanan media sosial menyaksikan ramai usahawan mahupun peniaga kembali bangkit selepas negara dilanda wabak COVID-19 lebih dua tahun itu.
Menyedari betapa pentingnya media sosial dan pengaruhnya, seorang peniaga dari Kampung Batu Putih Marang memanfaatkan sepenuhnya ruang berkenaan untuk memperkenalkan minuman Kopi Nisang yang diilhamkannya.