Pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan agar lebih telus dalam mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kediaman yang melakukan ubah suai struktur rumah tanpa kebenaran. Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sehingga kini belum ada laporan terbaharu berhubung isu berkenaan yang melibatkan rasuah atau salah guna kuasa.