Permohonan Geran Kandungan Digital 2022 oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini dibuka bermula 14 Jun lalu sehingga 29 Julai depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata geran tersebut penting dalam membantu pencipta kandungan digital merealisasikan idea mereka ke dalam bentuk produk sedia untuk dipasarkan.