Perubahan iklim adalah realiti yang perlu ditangani masyarakat di seluruh negara.
Sehubungan itu, Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Michael Newbill berkata, semua pihak perlu menggerakkan langkah pencegahan dan pengawalan isu alam sekitar di peringkat mikro.
Masyarakat perlu dibudayakan dengan gaya hidup yang berpaksikan polisi pemuliharaan alam sekitar.