Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi tempoh 2022 hingga 2025.
Perkara diputuskan dan disokong kepimpinan parti PBB semasa Perhimpunan Agung PBB ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.