Sarawak sasar pembangunan semua menara telekomunikasi yang dilengkapi capaian 4G siap sepenuhnya pada 2023.
Dalam ucapan penggulungannya pada Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia melibatkan peruntukan dua bilion ringgit yang dijangka siap secara berperingkat.