Hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga paras lutut serta dua keluarga sekitar daerah Klang dan Kuala Langat terpaksa berpindah.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu di Jalan Pengkalan Kampung Nelayan di Klang, jam 6.12 pagi tadi.