Presiden Persatuan Penghantar p-hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor sebelum ini dedahkan, tiga hingga empat kes kemalangan dilaporkan berlaku setiap minggu membabitkan penunggang p-hailing di negara ini.
Antara lain, ia berpunca daripada akibat terlalu penat bekerja dan terikat dengan sistem aplikasi.
Malah, mereka juga didakwa terpaksa melanggar lampu isyarat dan tidak dapat berehat seperti dulu disebabkan sistem aplikasi yang menekan golongan itu yang mengejar petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan syarikat dan mengelak dikenakan penalti yang boleh menjejaskan pendapatan mereka.
Di Google Meet bagi mengupas lebih lanjut isu ini, Prof Dr Kulanthayan Kc Mani , beliau ialah Pengerusi Lembaga Pengarah, Global Alliance Of Road Safety.