Dr Mahathir Mohamad pagi ini keluar dari pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC), sebagai tanda protes terhadap bekas peguam negara Apandi Ali.
Bekas perdana menteri itu sepatutnya diwawancara di jabatan itu oleh panel salah laku tort berkaitan isu kedaulatan Pulau Batu Puteh.
Beliau berbuat demikian kerana panel itu masih diketuai Apandi, yang menurut Mahathir mempunyai konflik kepentingan dalam kes itu.