Sarawak tidak akan menangguhkan projek-projek mega yang telah diperuntukkan kerajaan negeri.
Itu tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung keputusan pusat untuk mengkaji penangguhan pelaksanaan projek mega dalam negara.
Jelasnya, apa pun situasi, projek di negeri itu tidak akan terjejas dengan sumber pendapatan negeri yang stabil ketika ini.