Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin.
Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam.
Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.