Banjir | 'Isytihar darurat bencana Tahap 1 atau 2’

AWANI 2022-07-05

Views 0

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan darurat bencana tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

Share This Video


Download

  
Report form