Dua Menteri Kabinet paling kanan Britain meletak jawatan, pada Selasa.
Langkah itu memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal.
Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.