Ketiadaan jawatan timbalan perdana menteri merupakan satu 'kecacatan' dalam pentadbiran kerajaan ketika ini serta menambahkan beban ke atas perdana menteri, kata Anthony Loke.
Setiausaha Agung DAP juga berpandangan, desas-desus bahawa Bersatu akan mencalonkan timbalan presidennya, Ahmad Faizal Azumu bagi jawatan itu bakal ditentang ahli kabinet memandangkan dia terlalu baru dilantik sebagai menteri.
Sumber video: https://www.facebook.com/lokesiewfook/videos/606506584019536