Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGS) di peringkat tempatan penting dalam usaha mencapai agenda pembangunan mampan menjelang 2030 (Agenda 2030), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, beliau berkata ketika dunia sedang berusaha pulih daripada kesan pandemik COVID-19, malaysia serta negara jiran perlu bekerjasama dan meningkatkan komitmen masing-masing dalam melaksanakan matlamat itu.