Permintaan yang tinggi terhadap minyak masak peket membuatkan peniaga kedai runcit mengawal kuantiti pembeliannya bagi memastikan setiap pelanggan mendapat bekalan berkenaan.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu
mendapati bekalan minyak masak dilokasi berkenaan masih mencukupi tanpa ada sebarang pembelian panik.
Peniaga juga turut menghadkan penjualan minyak masak paket antara dua hingga tiga paket kepada setiap pelanggan.