Gara gara putus tunang seorang lelaki bertindak merempuh kenderaan bekas tunangnya dalam satu kejadian di Bandar Indah, Batu Empat, Sandakan pada Jumaat.
Mujur ketika kejadian wanita berkenaan tidak berada dalam kenderaannya.
Susulan kejadian, mangsa wanita, 20-an yang juga pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi tampil membuat laporan polis pada hari yang sama di Balai Polis Bandar Sandakan.