Sebanyak 1,000 buah sekolah terpilih di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar akan dibekalkan dengan kemudahan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, bagaimanapun pihaknya masih menunggu persetujuan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk segera melaksanakan inisiatif tersebut.