Sabah dan Sarawak dua negeri yang tertinggi merekodkan tanah sekolah yang perlu di putihkan.
Dalam erti kata lain, tapak tanah sekolah di dua negeri berkenaan perlu diletakkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya giat menjalankan usaha berkenaan kerana ia berkait rapat dengan usaha mengurangkan sekolah daif.