Menjelang sambutan Hari Sarawak 22 Julai ini.
Timbalan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Awam Sarawak Michael Tiang Ming Tee menyifatkan tindakan menggantung dan mempromosi bendera lama Sarawak menjelang sambutan Hari Sarawak 22 Julai ini bukan satu kesalahan.
Sebaliknya beliau secara peribadi melihat tindakan berkenaan membuktikan bahawa generasi baharu Sarawak tidak lupa sejarah.