KPDNHEP | Harga minyak masak botol mula menurun

AWANI 2022-07-22

Views 0

Harga minyak masak botol di peringkat peruncit mula merekodkan penyusutan sekali gus berada di paras terendah sejak Julai 2021.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang mengadakan lawatan ke sebuah premis pemborong pada Jumaat berkata, minyak masak tulen kemasan botol 5 kilogram kini dijual pada harga RM39 di peringkat peruncit, berbanding RM45 bulan lalu.

Share This Video


Download

  
Report form