Tindakan terhadap Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) yang didakwa mengeluarkan kenyataan lucah dan seksis di Dewan Rakyat akan diputuskan selewat-lewatnya pada Selasa.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon berkata, beliau telah mengatur pertemuan dengan beberapa saksi berhubung perkara itu.
Terdahulu Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) memaklumkan telah menghantar surat kepada Speaker Azhar Azizan Harun untuk meminta Tajuddin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu minggu lalu.