Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid memaklumkan lebih RM382 juta diperuntukkan sebagai subsidi minyak masak sehingga Jun 2022 selain subsidi untuk keperluan asas yang lain.
Terdahulu Karupaiya Muthusami (PH - Padang Serai) menyatakan kebimbangannya mengenai kenaikan harga keperluan asas dan mahu tahu jumlah subsidi yang dikeluarkan kerajaan bagi menanggung peningkatan harga barang.