Kerajaan menyasarkan penjanaan RM300 bilion nilai eksport menerusi Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MiACES) 2022 yang bermula hari ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ekspo buat pertama kali diadakan di Asia itu bakal melibatkan pemegang taruh serta pakar dalam bidang Agrikomoditi.