Ahmad Maslan (BN - Pontian) memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia menduduki tempat ke-18 dalam laporan Indeks Keamanan Global 2022 kerana wujudnya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.
Perkara itu dibangkitkan ketika usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma dibahas di Dewan Rakyat hari ini.
Khalid Samad (PH - Shah Alam) kemudian bertanya kepada Ahmad sekiranya negara-negara lain yang berada di kedudukan teratas dalam indeks tersebut turut mempunyai undang-undang serupa di negara masing-masing.