Itu luahan Justina Laeng.
Salah seorang pengusaha kraftangan di Pusat Kfartangan Warisan Borneo Miri yang kehilangan separuh pendapatan apabila sempadan Miri-Brunei ditutup sejak pandemik COVID-19,.
Lebih memeritkan apabila melihat rakan-rakan peniaga lain terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bertahan dalam tempoh sukar itu,.
Sehubungan itu mereka amat menanti-nantikan pembukaan sepenuhnya sempadan itu yang dijangka dilaksanakan 1 Ogos depan oleh kerajaan Brunei.