Polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kes bakar seorang remaja lelaki di Kampung Perasing Jaya, Jabor pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman,Superintendan Hanyan Ramlan berkata.. Ia termasuk rakan mangsa, pengusaha stesen minyak serta saksi yang melihat insiden itu.
Kertas siasatan kes berkenaan juga sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pihak pendakwaraya dalam waktu terdekat.