Anak saudara kepada Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan seorang saksi bahawa dia menerima derma politik daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pihak bekas perdana menteri itu.
Sebaliknya Rahmat Abu Bakar berkata, dia memutuskan hubungan dengan UKSB selepas menyedari syarikat itu bermasalah.