Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains Dan Inovasi secara dasar bersetuju dengan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022, yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
Bagaimanapun, Pengerusinya, Kelvin Yii Lee Wue mengesyorkan agar pelaksanaan Generation End Game (GEG) ditangguhkan selama tiga tahun.