'Bila BN kalah PRU14, baru rasa betapa pahit jadi pembangkang'

KiniTV 2022-08-01

Views 2

Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menawan semula kerajaan negeri itu selepas merasai keperitan menjadi pembangkang selama tiga penggal, kata pengerusinya Noh Omar.

Noh berkata keadaan bertambah sukar apabila BN gagal membentuk dan menjadi Kerajaan Persekutuan pada PRU14 kerana tiada peruntukan untuk membantu rakyat disalurkan kepada Adun pembangkang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen BN Selangor 2022 di Shah Alam semalam.

Sumber video: https://www.facebook.com/mynohomar/videos/1686868395016059

Share This Video


Download

  
Report form