Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Amerika Syarikat atas sumbangan sejuta dos vaksin Pfizer bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi negara.
Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan sumbangan berkenaan membuktikan hubungan baik kedua-dua negara.