Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis.
Dalam lawatannya itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo.
Indonesia menjadi negara pertama dikunjungi beliau selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu.