Stigma terhadap wanita dalam bidang sains perlu ditangkis untuk memberikan persekitaran yang lebih kondusif, sekali gus meningkatkan penyertaan dalam bidang berkenaan di peringkat global.
Pengerusi Rangkaian Saintis Muda-Akademi Sains Malaysia, Dr Chai Lay Ching berpandangan, isu kesamarataan gender dalam bidang sains di Malaysia sudah semakin boleh diterima.