Kerajaan negeri Pahang memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) bagi projek fasa kedua pembesaran kilang dengan kawasan seluas 101.2 hektar yang melibatkan nilai pelaburan RM5 bilion.
Projek fasa kedua pembesaran kilang ASSB yang berteknologi tinggi dan serba moden itu akan turut dilengkapi gudang bahan mentah.