Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kelantan yang dijangkiti COVID-19 tidak menduduki peperiksaan hari ini.
mereka akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang akan ditetapkan nanti, seperti yang katakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin.
Media sebelum ini melaporkan, seramai 41 calon SPM di sebuah sekolah berasrama di Machang disahkan positif COVID-19.
Kesemua pelajar terbabit dibawa ke pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas disahkan positif.
Untuk maklumat lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Kelantan Muhafandi Muhamad.