Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan kerja ke Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat pada 12 hingga 13 Mei ini.
Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak khas berkenaan bermula 10 Mei.