Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kerajaan mewujudkan pentadbiran agama Islam yang inklusif dan progresif serta membentuk hubungan etnik dan agama yang harmoni. Pada masa sama, baginda turut mengharapkan agar kerajaan terus mempertahankan hak-hak penganut agama lain untuk terus bebas mengamalkan agama mereka secara berhemah dan aman.