Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat akan mengetuai panel lima hakim mahkamah persekutuan yang akan mendengar permohonan Najib Razak pagi ini bagi mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International.
Mahkamah Persekutuan akan mendengar terlebih dahulu permohonan bekas perdana menteri untuk mengemukakan bukti baru bagi membatalkan sabitan terhadap satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC .