Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Najib Razak dalam rayuan kes SRC.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan mahkamah ada kuasa budi bicara untuk membenar atau menolak permohonan tersebut, demi melindungi hak tertuduh.
Pagi tadi, mahkamah sekali lagi menolak permohonan terbaru untuk menangguhkan pendengaran rayuan utama bekas perdana menteri itu pada hari ini.