Skandal LCS: Zahid dakwa tak terlibat tapi sekarang dah 'kantoi' - Loke

KiniTV 2022-08-18

Views 11

Penafian Ahmad Zahid Hamidi bahawa dirinya tidak terlibat dalam proses perolehan kapal tempur pesisir (LCS) akhirnya disanggah apabila bukti menunjukkan sebaliknya, kata Anthony Loke.

Setiausaha Agung DAP itu merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang memuat naik surat dari Boustead Naval Shipyard disertai arahan yang ditulis bekas menteri pertahanan itu.

Tambah Loke, pendedahan itu juga membuktikan bahawa skandal perolehan LCS membabitkan isu integriti dan tadbir urus yang lemah serta penyelewengan kuasa di kalangan pemimpin.

Sumber video: https://www.facebook.com/lokesiewfook/videos/1217647692303135

Share This Video


Download

  
Report form