Pembinaan jambatan gantung buat masyarakat di Kampung Mansiang Baru Keningau di Sabah akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Tanpa mendedahkan masa yang spesifik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng memberitahu kemudahan jambatan buat penduduk di kampung itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).