Semua parti komponen dalam Barisan Nasional digesa melakukan kajian sikap pengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian sikap itu penting bagi melihat sejauh mana sokongan pengundi kepada parti.