Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama dua anggota ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kehilangan wang berjumlah RM45,000 ketika serbuan di sebuah rumah dekat Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penahanan dibuat selepas pihaknya menerima aduan kehilangan wang berkenaan oleh pemilik rumah,