Najib diajar fisioterapi kendiri, akan dihantar semula ke penjara - Khairy

KiniTV 2022-09-21

Views 1K

Bekas perdana menteri Najib Razak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (CRH) di Kuala Lumpur kerana memerlukan fisioterapi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, pakar perubatan akan mengadakan sidang kelurga dengan Najib dan ahli keluarganya untuk menjelaskan keadaan dan pelan rawatannya, sebelum dihantar semula ke Penjara Kajang.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa berlaku campur tangan daripada kerajaan agar layanan istimewa diberikan kepada Najib.

Share This Video


Download

  
Report form