Pembangkang menggesa agar kerajaan menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) fasa enam yang ketika ini masih belum dimulakan susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan segera itu perlu diambil bagi memastikan negara tidak berdepan kerugian sebanyak RM500 juta lagi sekiranya projek tersebut diteruskan.
Ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, projek perolehan LCS sebelum ini telah menelan kos yang besar, dan tidak membuahkan sebarang hasil setakat ini.