Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram, Roland Engan dipilih sebulat suara sebagai pengerusi baharu Majlis Pimpinan Negeri parti itu di Sarawak.
Pelantikan Roland yang juga bekas calon parti itu di kerusi DUN Telang Usan dan Mulu serta Parlimen Baram diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.