Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, kadar pengangguran pada bulan Jun menurun kepada 3.8 peratus, iaitu yang terendah sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
Beliau menjelaskan bilangan penganggur berkurang kepada 630.6 ribu orang berbanding 637.7 ribu orang pada Mei.