Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan berkata, perlu ada satu titik noktah yang berautoriti agar semua pihak terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat mencapai objektif asal kepada perolehan aset berkenaan.