Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik keputusan kabinet hari ini yang mempersetujui dua syor berhubung projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Namun jawatankuasa itu menyarankan supaya laporan forensik projek itu dinyahklasifikasikan sepenuhnya, tanpa menghitamkan maklumat.